Pages

Wednesday, December 19, 2012

bila taufan durian crepe melanda....


nyum...nyum...

j0m sama2 kita buat durian krik..krik...warna hijau!!

bahan2 crepe:
~250gram tepung gandum
~3 biji telur
~500ml santan
~1 sudu teh esen pandan
~1 sudu teh pewarna hijau @ kuning

cara-caranya:
1) satukan semua bahan dalam bekas & kacau
2)masukkan dalam blender dan blend.kemudian tapis..
3)sediakan kuali leper yg non stick punyerr..
4)panaskan kuali dan letak sedikit minyak..
5)tuang 1 senduk kecil & masukkan crepe..xperlu diterbalikkan..
6)buat sampai habis aduan..

bahan-bahan filling:
>>isi durian secukupnya
>>1 cawan non dairy whipping cream

cara-cara:
1) pukul whipping cream dalam mixer hingga ia kental
2) asingkan isi durian dengan biji. kemudian lumatkan sedikit

cara-cara bungkus crepe:
1)bentangkan satu keping crepe
2)letakkan whipping cream
3)letakkan isi durian
4)kemudian tutup semula dan whipping cream
5)lipat crepe dan sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidang..

selamat mencuba..!!!

~(@_@)~

Thursday, December 13, 2012

s0lat & kentut..

Haram kita berlakun atau berpura-pura solat. Contohnya ketika solat berjemaah di dalam masjid yang penuh dengan makmum, tiba-tiba kita terkentut. Kerana malu, kita teruskan solat, berpura-pura. Hukumnya haram. Apa patut kita buat? Kita wajib terus berhenti solat dan kalau boleh, kita keluar dari saf. Kalau tak dapat keluar, kita duduk.

Kalau nak keluar dari saf tapi di belakang penuh dengan makmum lain, kita boleh hulurkan tangan minta laluan. Orang saf belakang bila ada orang minta laluan keluar, kasi la laluan. Tapi jangan jadi bodo pegi sambut tangan nak bersalam pulak... (wakakaka)


Kalau kita memang berpenyakit kentut otomatik sampai 50 kali seminit, maka dimaafkan. Tidak batal solat disebabkan penyakit kentut yang tak boleh kawal.

Bolehkah orang berpenyakit kentut jadi imam? Boleh. Dengan syarat, semua makmum adalah kaki kentut jugak. Set-set jemaah kaki kentut. (wakakaka)

~ Ustaz Azhar Idrus ( Kitab Musolli ) ~